Selasa, 19 Mac 2013

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH



PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Pada 17hb Mac 2013 Pusat Sumber Sk.Apal telah mengadakan pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah. Pelancaran ini dilakukan secara serentak dengan Pelancaran Program Bacaan Ringan Bahasa Inggeris. Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hajah Zainab bt. Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Acara yang dilakukan ialah ucapan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris iaitu Cik Radziah bt. Idris dan  persembahan bacaan bahasa Inggeris oleh adik Nur Alya Iman bt. Fauzi. Seterusnya, semua guru dan murid membaca buku bahasa Inggeris bagi murid tahap dua dan bahasa Melayu bagi tahap 1 selama 5 minit.Tujuan pelancaran program ini adalah untuk menggalakkan murid membaca buku termasuklah bahasa Inggeris. Pelancaran Bacaan Ringan Bahasa Inggeris ini  merupakan arahan daripada Pihak Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu.Program ini adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid-murid sekolah rendah. 

  

0 ulasan:

Catat Ulasan