Selasa, 17 September 2013

Susu Sekolah


Bola Baling Zon Jabi


Karnival Bahasa Melayu Zon Jabi 2013


Selasa, 19 Mac 2013

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH



PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Pada 17hb Mac 2013 Pusat Sumber Sk.Apal telah mengadakan pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah. Pelancaran ini dilakukan secara serentak dengan Pelancaran Program Bacaan Ringan Bahasa Inggeris. Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hajah Zainab bt. Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Acara yang dilakukan ialah ucapan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris iaitu Cik Radziah bt. Idris dan  persembahan bacaan bahasa Inggeris oleh adik Nur Alya Iman bt. Fauzi. Seterusnya, semua guru dan murid membaca buku bahasa Inggeris bagi murid tahap dua dan bahasa Melayu bagi tahap 1 selama 5 minit.Tujuan pelancaran program ini adalah untuk menggalakkan murid membaca buku termasuklah bahasa Inggeris. Pelancaran Bacaan Ringan Bahasa Inggeris ini  merupakan arahan daripada Pihak Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu.Program ini adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid-murid sekolah rendah. 

  

AKTIVITI PSS


AKTIVITI PUSAT SUMBER

Pada 22 hb Februari 2013 Pusat Sumber Sk.Apal  telah mengadakan kursus pemprosesan buku dan cara cara  pinjaman dan pemulangan buku. Kursus ini dihadiri oleh 30 orang Pengawas Sumber Sekolah. Seterusnya aktiviti  ini diakhiri dengan menceriakan Pusat Sumber. Guru yang turut terlibat ialah Guru Perpustakaan dan Media, Penyelaras NILAM , Cikgu Siti Meriam bt. Hamzah serta guru-guru praktikum.

Selasa, 12 Mac 2013

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER , KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS





Pada 21hb Februari 2013, Sekolah Kebangsaan Apal telah melancarkan Majlis Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil Ketua Polis Daerah Besut.